Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hello, Mr Perfect!

Rate this book

First published July 1, 2012

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Waniey Zakaria

5 books27 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
141 (33%)
4 stars
104 (24%)
3 stars
105 (24%)
2 stars
38 (8%)
1 star
36 (8%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews99 followers
June 24, 2014
Firstly, aku tidak pernah menggunakan perkataan sebegini ketika me-review naskah. Tapi, untuk HELLO, MR. PERFECT!... ianya amatlah KEBUDAK-BUDAKAN. Aku selalu membaca karya penulis-penulis yang bukan daripada hasilan bidang sastera namun karya2 mereka masih boleh dihadam.

MAAF... aku jarang 'termakan' bila disogokkan dengan watak2 hero @ heroin yang dihidangkan dengan segala kesempurnaan. Letaklah 'lobster' dengan harga RM150 per/kg sekalipun, jika masakannya 'tawag-hebiaq'.... baik aku cari udang yang hanya RM10.00 per/kg tapi sempurna resepinya.

1) Pengindividuan watak GAGAL sama sekali. Hanya penulis yang berbicara. Bacalah dialog, monolog, jiwa, rasa mana-mana pelakunya. SAMA. Tiada beza antara jantina; lelaki dan perempuan sama dialognya. Tiada beza usia; tua dan muda sama bahasanya.

2) Watak Alya TIADA JIWA sama sekali. Alya dinaratifkan selalu dimaki, dihamun, ditengking oleh Izzul, tapi dimana naratif gelodak jiwanya? Rasanya patung cendana juga punya rasa. Bridging plot antara babak Izzul (pelontar dialog) dan Alya (penerima dialog) hilang ntah ke mana. Kepasrahan Alya sebagai seorang isteri tidak logik sama sekali!.

3) Even, tajuk naskah ini sendiri mengganggu pandangan aku. Perfectkah Izzul jika hanya faktor pemilihan makanan yang ditekankan. Dari awal hingga akhir, Izzul punya high taste bab makan. Tiada makanan gerai. Menolak air tangan Alya. Mengagungkan tenppayaki berbanding bubur yang dimasak isteri sendiri. PERFECT is more than that! Sepatutnya perfect yang perlu diplotkan ialah perfectnya Izzul sebagai seorang anak, abang, pekerja, majikan, kekasih dan suami.

4) Kesinambungan watak TIDAK DIJAGA sama sekali. Apa jadi dengan keluarga Alya setelah hutang along berjaya dilangsaikan. Watak2 ibu, Amani dan Azizi dimatikan begitu sahaja padahal kerana merekalah Alya sanggup menggadaikan dirinya demi RM500k yang ditawarkan untuk mengahwini Izzul.

5) Tambahan plot yang langsung tiada mengena dengan isi cerita. Mungkin watak Aizat itu penting kerana dia pernah menyukai Alia dalam diam. Watak Aizat akan jadi penting sekiranya 1 @ 2 plot diselitkan di awal atau pertengahan cerita. TIBA-TIBA di penghujungnya, ada pula kisah Aizat dan Soffi! Juga watak Airina rakan niaga kepada Izzul, TIBA-TIBA sahaja dia menjadi pakar rujuk Izzul untuk memujuk Alia.... (for me), penulis tidak wajar sewenang-wenangnya meletakkan sesiapa sahaja sesuka hatinya. Kesinambungan watak perlu dijaga supaya pembaca tidak terpinga-pinga.

(aku pernah menonton komen pengarah untuk cerita 3 IDIOTS pemenang 6 anugerah 2010 Filmfare Awards termasuk Best Film dan Best Director. Kata Rajkumar Hirani, Pia dikahwinkan juga dengan Suhas selepas 10 tahun (si price tag) walaupun pertunangan mereka terputus. Rasionalnya kerana banyak plot yang diperlukan sekiranya watak baru dipilih sebagai suami Pia. Kesimpulannya, tiada watak atau pelaku yang diletakkan 'saja-saja' dalam apa2 juga cerita!)

6) POV yang CELARU. Penulis memilih untuk menggunakan 3rd person POV untuk semua watak-wataknya. Tiba-tiba, wujud 1st person POV terutamanya dalam monolog dalaman Alya.

7) TIADA KONSISTENSI dalam penggunaan langgam bahasa. Helaian 1 - 674 seolah-olah melalui fasa penulisan yang berbeza-beza. Sesuatu yang tidak mampu diperincikan di sini. Hanya yang selalu membaca sahaja yang dapat mengesan kecacatan sebegini, terutamanya pembaca yang kerek seperti aku...

8) Plot kehidupan suami isteri yang terlalu kebudak-budakan (macam main pondok-pondok). Dan, AYAT yang paling menjengkelkan aku untuk naskah cinta sebegini. Sumpah, sejak kes dia tuttt... dengan Izzul di Gold Coast dulu, dia tidak pernah bersama dengan lelaki ini. What the .....! Ini kisah cinta, kisah rumah tangga, LOGIKkah ayat sebegini digunakan???

9) Plot perkongsian ilmu yang keras dan kaku. Sesuatu yang wajar dipuji bila penulis ingin menyelitkan sedikit pengetahuan untuk dikongsi dengan pembaca, tapi please.... itu tidak bermaksud wujudnya 'cut and paste' daripada sumbernya. (Merujuk kepada penerangan mengenai makanan Jepun, kebaikan air terjun yang sejuk dan stall holder di Gold Coast). Sekurang-kurangnya rombaklah ayat tersebut agar pembaca tidak merasa seperti menelaah buku teks.

10) Antara perkataan-perkataan yang menyakitkan mata aku kerana perletakan ayat dan maknanya yang jauh menyimpang:

- m/s 71 Kira hari ni free-free sahaja dia keluar date dengan lelaki itu. Untungnya!
Free-free kalau ikut makna bahasa pasarnya adalah sesuatu yang merugikan. So, kat mana untungnya?

-m/s 96 Loghatbetul mamat ni!. Longhat adalah dialek/nada pertuturan antara negeri2. Its lorat!

So, KESIMPULANNYA kenapa perlu menggunakan bahasa pasar jika tidak pasti ejaan dan kesesuaian peletakannya?

11) Kewajaran menyelang-nyelikan babak 2001 dan 2011 boleh dipertikaikan. Memang plot untuk 2001 penting kerana di sini bermulanya perkenalan Izzul dan Alya @ El, tapi perlukah perletakannya yang sebegitu?

12) Perincian status kehidupan pelaku-pelaku yang di-BIN-kan dengan DATUK SERI langsung tidak mencapai status yang diberi. Sekadar dating dengan menonton wayang, menaiki penerbangan murah dan turun di LCCT. Please.... meng-boommm-kan kerjaya, taraf kehidupan, status kejayaan, darjah kekayaan watak2 yang dinaratifkan memerlukan homework yang bukan calang-calang!

AND... please this is not my two cents! Ini komen jujur daripada pembaca yang diajar 'membaca'!


24.6.2014 3.45pm

Maaf..... review ini terpaksa di-strikethrough-kan kerana ada pihak yang enggan memandangnya dengan minda terbuka.....

Sekian, terima kasih .
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
April 24, 2013
Sinopsis cerita yang menarik, tapi bila dah baca, I dapati bahawa plot dan jalan ceritanya belit-belit. Kejap sayang, kejap benci. Characters pun tak consistent; kejap jadi Mr. Perfect, kejap jadi Mr. tak berapa perfect. One of the novels that I am willing to re-sell walaupun agak lama I waited for this novel di pasaran. *sigh* Kan review panjang-panjang pun ku malas...

Sinopsis Cerita:

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.

Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
Profile Image for Intan  Musa.
577 reviews72 followers
September 10, 2013
Muhammad Izzul Islam dan Alya Adriana, adalah dua insan yang sangat berbeza. Izzul sangat 'perfect' dan Alya sebaliknya. Mereka pernah belajar di satu universiti tapi setiap pertemuan ada saja yang digaduhkan. Disitu, Alya mula jatuh cinta dengan Mr Perfect. Sepuluh tahun berlalu, mereka ketemu lagi. Kali ini, Izzul telah berpisah dengan kekasihnya tetapi hatinya masih belum pulih. Semua perempuan yang ingin dekat dengannya dikutuk sebagai tidak sesempurna macam dirinya kerana tidak mahu mereka hanya mendekati dirinya kerana rupa dan hartanya saja. Alya pula tersepit. Keluarganya seringkali diserang along kerana hutang bapa tirinya. Dia bertekad untuk menyelamatkan Keluarganya tapi hutang sebanyak $300 000 terlalu besar untuk ditanggung. Bila Arif dan Ainul syorkan dia sebagai calon isteri alongnya, Izzul, dengan habuan sebanyak $500 000 sebagai hadiah, dia terima. Izzul memilih Alya untuk jadi calon isterinya untuk lari dari Ain. Alya rasa serba salah dan mahu mengundur diri dari menjadi calon isteri Izzul bila sudah dapat melunaskan hutang bapa tirinya itu. Tapi Izzul memujuk rayunya. Dia terima kerana dia ada rasa sayang terhadap Izzul. Hidup mereka sebagai suami-isteri penuh dengan cubaan. Ain yang menjadi dalangnya. Izzul pula keliru akan rasa hatinya terhadap Alya lalu dia menyambung balik hubungan dia dengan Ain. Alya rasa tertekan tapi disimpan rasa hatinya dan disertakan dengan doa untuk kebahagiaan rumahtangganya. Dilayan suaminya dengan baik dan dia sentiasa mengingatkan Izzul akan tanggungjawabnya kepada Tuhan. Akhirnya, dia tak dapat membendung rasa kecewanya dengan Izzul bila Izzul ditangkap khalwat dengan Ain. Dia terus melarikan diri selama berbulan. Izzul akhirnya terjumpa Alya di Penang semasa ditugaskan sana. Alya tidak dapat dipujuk dan mereka bertengkar. Izzul pula merajuk dan lari ke Jepun. Alya menyesal dan menyusul Izzul ke Jepun. Akhirnya mereka mengakui akan rasa cinta mereka dan bertekad untuk membina balik rumahtangga mereka. Di akhir cerita, mereka tengah menantikan kelahiran anak pertama mereka dan rupanya Izzul juga pernah ada menyimpan rasa hati untuk El si minah tomboy merangkap Alya semasa mereka di universiti dulu.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
December 30, 2013
Alya & Izzul

Dia berkahwin dengan lelaki itu kerana ingin menyelesaikan hutang ayah tirinya dengan Along.

Namun, satu yang tidak diketahui oleh Izzul.. Alya telah lama menyukainya, sejak di universiti lagi.. Sebab itulah dia berkorban untuk berkahwin dengan lelaki itu.. Namun lelaki itu terlalu ego..

Alya di'attack' dengan pelbagai soalan oleh kawan-kawan baiknya ketika hari perkahwinannya dengan Izzul.

"Aku masih tak percaya yang kau jadi bini senior yang kita orang minat dulu tu, weh!"

"Dia tahu tak yang kau ni budak tomboy yang suka cari pasal dengan dia dulu?"


Bagi Izzul pula, perkahwinan itu hanyalah untuk menyakiti hati Ain kerana dikhiniati.

Fikirnya, perempuan itu semuanya sama! Kaki kikis!

Tapi adat resam kehidupan, "tak kenal, maka tak cinta".

Makin lama makin sayang..

Begitulah antara mereka.. Sweet ;)
Profile Image for Nickynisa.
32 reviews9 followers
Read
December 8, 2015
what a tragic book. what a tragic drama. tragic as in terrible.

perfect = having all the required or desirable elements, qualities, or characteristics; as good as it is possible to be.

the guy was far from perfect. he didn't fit the definition of a perfect guy. like hell no.
Profile Image for Mrs. Norfy.
168 reviews10 followers
Read
November 14, 2015
Tak tahu tang mana yg perfect nye. n cuba nak baca sampai abis pun tak bole.
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
September 20, 2014
Ok dah abis baca novel ni. Sy bg rate 3/5* kot. Jalan citer cam biasa2 aje kot. Xle unik sgt.

Sinopsis:-
Berkahwin dengan Harraz yang merupakan abang tiri Laila umpama maut yang datang menjelma tanpa diduga. Sudahlah malunya berbakul-bakul kena hina, sekarang kena kahwin paksa pula!

Demi maruah dan keluarga, diterima sahaja tanpa banyak bicara. Pelik juga kenapa Harraz yang membencinya sanggup menjadi suaminya?

Benarkah kerana tanggungjawab merupakan punca Harraz sanggup berkahwin dengan adik tirinya? Atau mungkin dia sudah jatuh cinta? Apakah yang bakal terjadidengan perkahwinan mereka? Dalam masa yang sama, Azmir si playboy menagih semula cinta Laila.

Adakah Laila sanggup menerima cinta Azmir setelah hatinya dirobek oleh permainan perasaan kekasih gelapnya itu? Adakah Harraz hanya mendiamkan diri sahaja? Benarkah Laila adalah jodoh terbaik yang ditetapkan oleh Allah untuknya?

“Bila abang tiri jadi suami, punah harapan nak dapat lelaki pilihan hati….”

Sy pon terkejut sbb ble abiskan baca novel ni dlm 2 hari saja walaupun jln cerita biasa saja.
Tp nak tahu kenapa? Sebab garapan penulisan amat baik. Tu yg lg nak baca , dan lagi dan lagi sampaila habis.
Lain org lain citarasa kan? Pd yg belom baca bolehla cuba baca ye.
Profile Image for Miss Ja.
39 reviews1 follower
June 1, 2018
3/5*

Sinopsis:

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan..

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
Profile Image for goldencave.
368 reviews9 followers
July 28, 2021
Mengisahkan Izzul yang berkahwin dengan Alya tanpa cinta agar Arif, adik Izzul tidak langkah bendul untuk kahwin dengan Ainul.
Seterusnya bab kehidupan Izzul dan Alya dan rumah tangga mereka. What a crap mr.perfect Izzul taklah sempurna mana.
Flashback Alya di universiti semasa dia tomboy di mana dia mula jatuh cinta dengan Izzul mengganggu jalan cerita kerana selang seli dengan masa kini. Not a good idea.
Watak Airina dan Soffi tiada kepentingan dalam cerita ini. Watak antagonis Rahim dan Ain juga kurang terserlah. Genre kekeluargaan kurang paparannya dan tidak membantu jalan cerita.
Keseluruhan cerita yang meleret-leret tanpa pengisian cukup membosankan.
Olahan dan garapan yang kurang mantap buat saya baca tanpa emosi, tanpa perasaan kerana semuanya hambar.
Semoga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih baik lagi selepas ini.
Profile Image for Zaiton.
6 reviews
July 5, 2014
sebenarnya saya dah lama nak cari novel ni tapi tak de duit nak beli. lgipun saya ni bkannya bekerja. saya tertarik sbab ade nama watak hero crita nie izzul islam. nama dah macam nama sbnar plakon izzue islam la plak. saya bru je abis baca novel nie. bagi saya critanya seperti novel2 sblum ni juga agak klise, kahwin kerana bersebab tanpa ada prasaan cinta jugak. boleh tahan la. kadang2 ada ssetengah babak slepas dorang kahwin tu nampak macam ada kisah benar jugak. saya rasa kira ok lagi la berbanding novel dari pnulis trtentu yg mana jlan crita nya seakan kebudak budakan yg terlampau. itu bagi sayalah. tapi yg saya peliknya,babak imbas kembali alya dngan izzul masa thun 2001. garapannya kurang mnarik skali. spatutnya diselitkan masa alya termenung ke atau dia tringatkan kisah dia dngan izzul ke?. lepastu ada sstengah bahasa pasar yang x kena. hmm ntahla....
Profile Image for Rinsya.
36 reviews13 followers
August 19, 2012
Buku yang simple, bahasa mudah difahami ... sngt menarik kerana mempunyai plot yg bagus *menarik perhatian untuk membaca dan terus membaca*.
Sesuai untuk masa lapang.. -sbb boleh kira tebal la jugak. hehe.
Kisah tentang Izzul, mamat gila perfect yg nakkan pasangan hidup yg perfect shingga x dpt-2 jodoh.. adik dia carikan dia jodoh, thn kahwin dngan Alya. Alya ni pun ala-ala comel ikut je ckp laki dia . dah la izzul punya high test smpai si Alya masak pun dia kutuk2.. x hipokrit kot? selalu dlm novel cinta, x sesedap apapun makanan dia puji bagai nak rak . tpi sweet juga la bila kita masak org puji sedap *wlupun tak sedap. herrherr.. sabar aje ada laki mcm Izzul . overall besttttt sngt ^^
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
October 29, 2014
mula2 tu mmg boring .. smpai tengah bru okay kot .. tpi sya x bca betul.. bca mcm tu je .. tapi ayat mmg tersusun dgn baik. jalan cerita pun okay. satu je. msa c alya nk pujuk c perfect ni, mna dia tau almat apartment c perfect ? ke sya yg terlupa sesuatu ?

mulaa2 nk bgi 3 bintang tpi hti nk bgi 4 so ikutlah kta hati.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,239 reviews1 follower
March 29, 2016
Cerita die memang sangat menarik.. Kelakar, sedih dan juga geram.. Dalam dunia nie xkan ade yang sempurna.. semua orang ada kekurangan.. sebab tu kita dijadikan berpasangan untuk saling melengkapi kekurangan diantara satu sama lain.. Bayangkan seorang CEO yang handsome, bergaya, pandai, kuat bekerja, mementingkan kesempurnaan tetibe takut pada lipas.. Camne agaknye ye?? hehehe.. selamat membaca..
January 6, 2013
main character of this novel, the guy, he is clearly shows his high taste. he is looking a perfect lady for him . but nobody is perfect until he met a lady that change his character. surprisingly, he is totally a caring guy when he got married. nice story and i can feel the lady's character .
Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
February 11, 2015
tak perfect pun..amat membosankan...sorry penulis..
1 review
Read
October 15, 2015
knp x wat ebook je..kan senang.. blh baca online...klu x best xde la nk kn simpan buku tu
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.